KERTAS 1
(Bahagian B: Karangan Respons Terbuka - 100 markah)
Berdasarkan tajuk-tajuk soalan percubaan negeri-negeri 2011,
berikut disenaraikan semula mengikut tema tajuk-tajuk pilihan yang perlu anda fokuskan:
| BIL | TEMA SOALAN 1 (INDIVIDU) |
| 1 | Cara-cara hargai jasa guru. |
| 2 | Faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja. |
| 3 | Kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa – bahasa kedua, ICT, kemahiran berfikir, berkomunikasi, bekerja dalam pasukan. |
| 4 | Usaha-usaha menjadi remaja berwawasan. |
| 5 | Bagaimanakah cara pelajar menggunakan laman sosial untuk membantu pembelajaran. |
| 6 | Punca-punca remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti |
| 7 | Usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. |
| 8 | Jelaskan ciri-ciri wanita yang anda kagumi berdasarkan contoh yang terdapat dalam kehidupan anda. |
| 9 | Peranan remaja dalam menangani masalah kegemukan – syarahan. |
| | Usaha-usaha yang perlu remaja lakukan untuk menangani stres. |
| 10 | Huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mereaslisasikan cabaran pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. |
| 11 | Kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. |
| 12 | Peranan anda sebagai remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji. |
| 13 | Ucapan anda sebagai Tokoh Pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. |
| 14 | Buli, rempit, gangsterisme, kegiatan samseng - sebagai remaja, kaedah berkesan menghindarkan diri. |
| 15 | Ceramah Ketua Pengawas kepada murid-murid tahun enam - Persiapan Untuk Memasuki Sekolah Menengah. |
| 16 | Ciri-ciri rakan sebaya pilihan anda sebagai remaja |
| BIL | TEMA SOALAN 2 (KELUARGA) |
| 1 | Amalan masyarakat penyayang. |
| 2 | Langkah menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. |
| 3 | Kepentingan kebersihan – peranan ibu bapa. |
| 4 | Peranan keluarga menangani kemelesetan ekonomi negara. |
| 5 | Langkah-langkah setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres. |
| 6 | Pidato – Peranan masyarakat untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja. |
| 7 | Faktor-faktor yang menentukan pembentukan institusi keluarga yang bahagia. |
| 8 | Peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang cemerlang. |
| 9 | Ibu bapa penentu kerjaya anak-anak pada masa depan. |
| 10 | Kegawatan ekonomi - peranan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi pengguna bijak. |
| 11 | Keberkesanan peranan ibu bapa menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja. |
| 12 | Langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka. |
| 13 | Pergaulan bebas, sikap tidak mahu dikongkong menjadi punca maksiat dan jenayah pembuangan bayi. Huraikan peranan ibu bapa dan keluarga untuk membendung masalah ini. |
| 14 | Peranan keluarga dalam menjamin keselamatan ahli-ahlinya daripada bahaya dan pengaruh persekitaran. |
| 15 | Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagian sesebuah keluarga. Bincangkan |
| 16 | Peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat. |
| BIL | TEMA SOALAN 3 (MASYARAKAT/NEGARA) |
| 1 | Modal insan berkualiti menjana ekonomi dan pembangunan negara maju 2020. |
| 2 | Ceramah kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian. |
| 3 | Sikap positif usahawan yang berjaya. |
| 4 | Faedah-faedah IKS kepada masyarakat dan negara. |
| 5 | Peranan pelbagai pihak menjaga kebersihan tempat awam. |
| 6 | Tanggungjawab setiap rakyat Malaysia memupuk keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia. |
| 7 | Pengaruh TMK menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan – usaha mempopularkan permainan tradisional. |
| 8 | Cara-cara mengatasi kejadian tanah runtuh. |
| 9 | Kepentingan program kitar semula. |
| 10 | Peranan masyarakat melahirkan rakyat yang bersusila. |
| 11 | Peranan pelbagai pihak memajukan industri pelancongan. |
| 12 | Kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara. |
| 13 | Peranan masyarakat dalam memulihara sungai-sungai di negara kita. |
| 14 | Langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan kepentingan perpaduan kepada negara. |
| 15 | Faedah-faedah yang diperolehi oleh murid-murid apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. |
| 16 | Rencana tentang kepentingan air kepada kita dan negara. |
| 17 | Langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri batik dan songket negara. |
| 18 | Huraikan sebab-sebab pendidikan perlu dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran. |
| 19 | Usaha-usaha untuk membantu OKU. |
| BIL | TEMA SOALAN 4 (ANTARABANGSA) |
| 1 | Peranan pelbagai pihak membantu negara yang ditimpa bencana alam. |
| 2 | Faedah pelaburan asing. |
| 3 | Langkah-langkah berkesan tingkatkan mutu sukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara. |
| 4 | Bentuk kerjasama antarabangsa meningkatkan pembangunan pendidikan sesebuah negara. |
| 5 | Usaha-usaha memajukan IKS dan Produk Halal Malaysia. |
| 6 | Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa memupuk kerjasama serantau dan mendatangkan pelbagai kebaikan. |
| 7 | Pergolakan politik di sesebuah negara membawa keburukan bukan sahaja kepada Negara terbabit tetapi juga kepada negara-negara lain. |
| 8 | Kerjasama Malaysia dan ASEAN menjadikan negara serantau sebagai kawasan pelancongan bertaraf dunia. |
| 9 | Peranan pemimpin-pemimpin negara mewujudkan keamanan sejagat. |
| 10 | Faedah program pertukaran pelajar antara negara kepada pelajar dan negara yang terlibat. |
| 11 | Peranan negara kaya membantu negara yang menhadapi masalah kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah. |
| 12 | Masyarakat dunia perlu memanfaatkan TMK. Jelaskan pernyataan di atas. |
| 13 | Kerjasama Malaysia dengan negara jiran menangani masalah pemerdagangan manusia. |
| BIL | TEMA SOALAN 5 (KOMSAS) |
| 1 | Cerpen bertemakan kegigihan. |
| 2 | Pengajaran novel yang anda baca. |
| 3 | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera. |
| 4 | Ulasan keistimewaan sebuah filem yang menyentuh perasaan. |
| 5 | Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh dan muafakat membawa berkat. |
| 6 | Peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Tulis cerpen. |
| 7 | Nilai-nilai murni dalam novel yang anda baca. |
| 8 | Sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda. |
| 9 | Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama di jinjing - kaitan amalan hidup bermasyarakat. |
| 10 | Petikan Gurindam Dua Belas - Kepentingan pengurusan masa kepada setiap individu. |
| 11 | Peribahasa 'bukit sama didaki, lurah sama dituruni' menggambarkan nilai sepakat penting dalam kehidupan. Bincangkan manfaat nilai itu dalam masyarakat. |
| 12 | Usaha-usaha pelbagai pihak mempopularkan puisi Melayu lama. |
| 13 | Ulasan - karya kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi yang bersemangat patriotik di negara ini. |
| 14 | Keistimewaan puisi tradisional. |
| 15 | Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera. |
| 16 | Ulasan cerpen yang sangat menarik hati. |
| 17 | Ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu. |
| 18 | Rencana: Peranan Pembikin Filem dalam Memperkenalkan Budaya Masyarakat Berbilang Kaum. |
| 19 | Berdasarkan maksud petikan pantun yang diberi, huraikan kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat. |